BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

serba salah aku dibuatnya..

Hari ni..sakit hati sakit jiwa. Susah sgt ker kalau nak bertolak ansur. Kalau rasa dah tak boleh nak faham beh baik tak payah accept. Suh pi jauh-jauh. Tu lebeh baik. Bila aku cakap A dia cakap aku A balik. Adus sampai satu tahap aku jadi hampes tahap cipan. Nak cakap payah..tak cakap lagi payah rasanya. Apa yang aku cakap selalu dia pk serong. Rasanya aku dah cuba cool. Tapi kalau dia tetap ngan peel macam ni aku takut lain jadinya. Dalam keadaan aku macam ni byk perkara melibatkan perasaan. Kalau tak boleh accept 'diri' aku mcm ni just sound and declare. Pandai-pandai laa aku bawak diri.

Monday, December 28, 2009

its a Nice life..


Erm..Dah lama tak update...Yang paling penting just to share some word is Pregnant.
Syukur sangat-sangat sebab berjaya jugak peknan as per request. Setelah bersusah payah..hahaha. Apa pun harap aku berjaya till ending to delivered the baby with safe and a lots of sweet memories. Sure..peknan bagi aku suatu yang amat istimewa. Walau perut besar tapi still bagi aku nampak vogue..hahaha ( berlagak laa plak )..Musti ramai yang akan sayang dan ambil berat pada aku..walaupun sebelum ni aku tahu dan sedar mereka-mereka tak pernah abaikan aku. Tapi satu masalah jer bagi aku sekang ni...bila nak pakai baju asik duk pk nak pakai baju apa...suar apa...dah tentu-tentu levis dah kena block..huhuhuhu.

Apa pun aku tak sabar-sabar nak tunggu perut aku ni naik..hahahaha.

Wednesday, December 23, 2009

Hurt..

words from dot dot dot..'i want to teached u. i rejected u and i back off!!!' perghhhh!!! terngiang2.... kat mana silap, aku jugak yang silap!!! aku jugak yang buruk... adehhh... macam tu pun boleh...?? sounds funny but it's very hurt! very very hurt!

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara.

Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri.

Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik ‘hati besarku’. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan…cintai, sayangi…Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara”

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”
Ah, betapa leganya sekarang…Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ’syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa’.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi…siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang…aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU..

Early 2010

kalu tanya ore gilo pun..dia akan wish bendo wak molek-molek belako..silap hb bendo yg mustahil..nok renang lautan api laa kunun...tu ore gilo..gilo banyok baso..gilo palo otok, gilo isim, gilo gigit lipar, dok kurang jugok wak tgh gilo bercinto..sampai lautan api akan ku renang...ni mukadimah jar..hehehe

For me..
Alhamdullillah..18/12/2009 genap usia aku 32 thn..hepi birthday to me. Syukur sebab DIA masih bagi aku peluang untuk hidup sampai 32 thn. Syukur sebab dia masih lagi bagi aku peluang utuk terus hidup ngan suami aku, Mak, anak-anak, kakak, abang, serta kawan-kawan yang lain.

Azam aku?
Simple..Semua org harap yang baik-baik gitu jgk aku. Aku harap rumahtangga aku akan sentiasa damai. Karier aku yang semakin maju dan berjaya. Hubungan ngan kawan-kawan agar sentiasa ceria. Dan yang pasti aku nak baby lagi kalau ada rezekiNYA.

Aku Kena Ubah...
  • temper..cepat naik marah tapi aku cepat cool
  • boros..ske shopping kekadang cam no limit...
  • mulut laser..kadang bagus tapi kadang leh buat org terluka
  • terlalu berterus-terang..hingga aku lupa ada hati yg terguris
  • kena pandai bahagi masa antara Rumah dan Karier..aku dah terlebih percentage pada kerja 70-30.
Semoga aku berjaya..Insya-allah.

Sekadar Bicara Untuk Mencari Ketenangan..

Kalau apa yang bakal aku tulis ni kacau bilau..tu tandanya kepala hotak aku pun mcm tu. Aku tak tahu menilai sejauh mana kematangan aku sendiri. Mungkin bagi aku apa yang aku buat ni dah dikira betul tapi individu lain yang bersangkutan dgn aku tu pikir lain plak..Tanya dia...tak boleh nak jawab. So sampai bila-bila pun tak akan ada jalan penyelesaian. Dia suh aku pk sendiri... ye lar aku pk aku dah kira betul..kalau tuk diri sendiri tak ada masalah laa..masalahnya melibatkan org lain..tapi dia tak berani nak jelaskan..adussss peninggg. Pastu selalu ulang pasal silap aku...aku ni macam ni..aku ni macam tu tapi tak nak jelas secara details. Adil ker bagi aku??? Jangan nak hukum org lain kalau diri sendiri tak mampu nak atasi dan cari jalannya.

Friday, December 18, 2009

Penting ker CINTA???

Dan tentu cinta itu amat dekat dan sinonim pada hidup kita.

Ada sebuah kenikmatan yang berpaksi atas cinta ini, dan tentu mengindahkan apa yang ada di langit ini.

Adakalanya aku rasa cinta cam merugikan..
Cinta sebelum kawing..banyak tuntutan yang harus dilaksanakan demi kerana orang yang kita cinta..tapi andainya cinta kita tersalah tabur..camner??? Banyak hal yang berlaku hingga perkara yang remeh-temeh pun diambil kira. Bosan kan...
Jalan-jalan cari makan di Kota Bharu..Tonite..10 pm till Sunday..

Guess for 32th Birthday From Hubby


Thanks a lot and appreciated ... Love u!!

apa yang ada pada diriku??


Nak aku luahkan semua yang ada dalam hatiku..tapi aku buntu. Tak tahu nak mula dimana. Apa pun aku harap aku tabah..Aku kena kuat..kena cekal..

Thursday, December 17, 2009

32th - Dec 18, 2009

Assalamualaikum wbt...
Cuaca hari ini menampakkan keceriaan.. keceriaan yang Maha Esa ciptakan.. Itu tanda kekuasaan-Nya... Tidak sama suasananya dengan diri ini... Ada terselit rasa sedih entah kenapa...tapi disebalik rasa sedih itu, timbul rasa syukur kepada-Nya kerana inilah takdir dan kekuasaan-Nya.. Kadang-kadang manusia terlampau alpa dan lalai dengan nikmat duniawi sehingga lupa dengan objektif hidup seorang yang bernama manusia...

Fiman-Nya: "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku" ~surah adz-Dzariat: 56~


Kadang-kadang manusia ini terlalu gopoh dan tidak sabar sehingga menentukan takdir hidupnya sendiri. Begitu juga dgn aku. Pejam celik pejam celik hari ni aku bersyukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang olehNYA untuk terus membina hidup aku bersama-sama orang yang aku sayang. Umo ku dah 32 tahun..hari ni jugak bermulanya tahun baru islam 2009/1430H. Semoga aku akan lebeh tabah dan gagah mengharungi hidup ini dan yg pasti aku bersyukur kerana ditakdirkan olehNYA memiliki keluarga yang bahagia..Suami yang terlalu kasih. Anak-anak yang sihat membesar. Alhamdullilah.




kakak nak baby lagi...


Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:
Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya..


Anak aku yang pertama..selalu cakap "mama, semalam kakak ngigau ada babyyyyy" betapa excitednya dia nak adik lagi..bagi dia cam senang jer..hari-hari sebut pasal baby. Aku plak rasa cam nak ngandung lagi tapi bila duk pk pasal keje..beh-beh lagi tenaga-tech dapat contract 3+1 with EPMI aku mula rasa senak kepala..adularrr. Apapun aku akan terima seadanya pemberian dariNYA. Kalau ada aku terima kalau tak de nak buat camner.

Buat anak-anakku..Fathin Norsyuhadah + Faqihah Nursyahirah..mama dan papa akan buat yang terbaik untuk kalian. Semoga kalian akan jadi anak-anak yang solehah.

You are my sunshine..

ayusri



Dah lama nak tulis pasal rumahtangga aku.Tapi mindaku beku setiap kali nak menulis tentang itu.Duduk mengadap pc sampai berjam-jam tapi takde apa yang ditulis.Mungkin sebab aku rasa takde apa-apa yang menarik untuk aku ceritakan tentang hubungan ini.Kelakarnya rasa..imbas kembali perkenalan kami dulu,aku dan suami ditemukan atas dasar kawan pada kawan.Masa tu aku sedang mengalami ‘patah hati tahap dewa’..hahaha..menerima cadangan mak masa tu pun separuh hati je.

seingat aku...rasanya tak pernah aku clarify sebagai DATING..kawan punya kawan kami terus bertunang dan melangsungkan perkahwinan tiga bulan lepas tu.Memang takde rasa cinta waktu mula-mula kenal dia dulu,yang ada cuma rasa confuse,takut salah membuat pilihan..sangat fobia untuk aku membuat pilihan sekali lagi.Tapi perasaan sayang dan cinta itu lahir sedikit demi sedikit bila mula mengenalinya.macam orang selalu kata, ‘tak kenal maka tak cinta’

dan itulah,suamiku..juga papa kepada anakku..Dia,walaupun tidak menepati lelaki idamanku tapi sentiasa menyediakan bahunya untuk ku sandarkan segala keluh kesahku,yang selalu membuatku senang dan selamat, dan tidak pernah membuat aku rasa jauh darinya.Dia tidak indah di mata,tapi dia menggetarkan jiwa.semoga kita kekal hingga ke syurga.insyaallah.