BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

32th - Dec 18, 2009

Assalamualaikum wbt...
Cuaca hari ini menampakkan keceriaan.. keceriaan yang Maha Esa ciptakan.. Itu tanda kekuasaan-Nya... Tidak sama suasananya dengan diri ini... Ada terselit rasa sedih entah kenapa...tapi disebalik rasa sedih itu, timbul rasa syukur kepada-Nya kerana inilah takdir dan kekuasaan-Nya.. Kadang-kadang manusia terlampau alpa dan lalai dengan nikmat duniawi sehingga lupa dengan objektif hidup seorang yang bernama manusia...

Fiman-Nya: "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku" ~surah adz-Dzariat: 56~


Kadang-kadang manusia ini terlalu gopoh dan tidak sabar sehingga menentukan takdir hidupnya sendiri. Begitu juga dgn aku. Pejam celik pejam celik hari ni aku bersyukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang olehNYA untuk terus membina hidup aku bersama-sama orang yang aku sayang. Umo ku dah 32 tahun..hari ni jugak bermulanya tahun baru islam 2009/1430H. Semoga aku akan lebeh tabah dan gagah mengharungi hidup ini dan yg pasti aku bersyukur kerana ditakdirkan olehNYA memiliki keluarga yang bahagia..Suami yang terlalu kasih. Anak-anak yang sihat membesar. Alhamdullilah.




No comments:

Post a Comment